Thursday, 25 October 2012

SELAMAT HARI KEPUTERAAN SULTAN PAHANG & RAYA HAJI

Kami seluruh warga smk sri jaya merafak sembah takzim ke bawah duli tuanku Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Syah sempena hari keputeraan baginda ke 81, semoga baginda di lanjutkan usia dan beroleh kerahmatan daripada Allah swt. Kami juga ingin mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada seluruh umat islam.Selamat menjalani ibadah korban. Moga segala amal baik kita akan di beri ganjaran yang setimpal oleh Allah.


Monday, 8 October 2012

SELAMAT MENDUDUKI PMR 2012




seramai 39 oang calon smk sri jaya dan seorang calon menumpang dari smk lepar telah menduduki kertas bahasa melayu 1, diharapkan semua calon akan menghadirkan diri untuk semua kertas. moga segala usaha yang di lakukan akan membuahkan hasil yang cemerlang..

Thursday, 4 October 2012

MAJLIS MESRA ANAK YATIM

majlis mesra anak yatim sekolah sekolah menengah dan rendah daerah maran dalam parlimen maran. disempurnakan majlis perasmiannya oleh yb dr hj puad zarkashi, timbalan menteri pelajaran malaysia. SMK SRI JAYA menyenaraikan 18 orang pelajar anak yatim untuk menerima bantuan dan sumbangan.


KEM PELAJAR CEMERLANG PSV SPM kertas 2



berlangsung di dewan smk desa jaya. melibatkan 4 orang pelajar kelompok cemerlang psv. kem bermula 8.00 pagi dan tamat pada 4.00 petang. selain daripada mempelajari teknik menghasilkan karya yang baik dan bermutu,pelajar juga di ajar kaedah pemarkahan hasil karya pelajar. diharapkan pelajar dapat mengambil sebanyak mungkin ilmu yang di curahkan.

Saturday, 15 September 2012

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN DAN JAMUAN HARI RAYA 2012

Majlis berlangsung pada 14/9/2012 di Kafe Jaya SMKSJ.. Kehadiran pelajar memuaskan.. Majlis perasmian disempurnakan oleh YDP PIBG SMKSJ En Zulkifli Bin Awang Yahya.. Aturcara majlis dimulai dengan bacaan doa dan nyanyian lagu negeraku.Seterusnya diikuti ucapan GPK HEM SMKSJ En Baharud-din Bin Zainal Abidin dan Ucapan YDP PIBG SMKSJ sekaligus merasmikan majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan. Diikuti pula majlis penyampaian hadiah kepada pelajar dalam pertandingan menulis esei BM,BI,a3 berinfo, dan melukis sepanduk..kemudian pelajar menyanyikan 3 buah lagu iaitu Jalur gemilang, 31 ogos dan warisan..majlis diakhiri dengan tayangan video SEMANGAT MERDEKA...
Akhir sekali semua pelajar dan guru bersama-sama menikmati jamuan hari raya.Antar menu yang disediakan seperti mi kari, laksa, lemang, ketupat, kuih,buah dan agar-agar..




Wednesday, 8 August 2012

PERTANDINGAN MELUKIS BANNER SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2012

Sebelas kelab dan persatuan beradu tenaga dan buah fikiran serta idea dalam menyiapkan banner yang bertemakan 1 MALAYSIA : JANJI DITEPATI. Pertandingan ini diadakan sempena bulan kemerdekaan 2012. Panatia Seni Visual telah dipertanggungjawabkan menjayakan pertandingan ini. Pertandingan berlangsung selama 2 hari, menggunakan waktu kokurikulum pada hari rabu 1 dan 8  ogos  2012.





Wednesday, 25 July 2012

SALAM RAMADHAN

Cermin diri, hiasi peribadi...
ikhlaskan diri dalam setiap ibadat yang dilaksanakan...
moga kita bersama beroleh kejayaan dan dilimpahi keberkatan...

Wednesday, 4 July 2012

HARI CINTA SENI DAERAH MARAN 2012
27 & 28 JUN 2012
SMK KG AWAH

pertandingan melukis poster bertemakan ;
SENI MENJANA PEMBANGUNAN KOPERASI
juara ; salamudin
tempat ke 2 ; ainina shakirah
saguhati ; izzati huda





Sunday, 27 May 2012

Thursday, 17 May 2012

KRS PERINGKAT NEGERI PAHANG

14 - 17 mei  2012 telang berlangsungnya program perkhemahan peringkat negeri Pahang tahun 2012. Kontinjen daerah Maran telah menghantar seramai 36 kadet untuk menyertai perkhemahan tersebut. SMK SRI JAYA tidak ketinggalan dalam menyumbang tenaga dengan menghantar 2 orang kadet untuk menyertainya. Kadet tersebut ialah Heryandi dan Amanina. dengan semangat kesungguhan yang tinggi, Heryandi telah dinobatkan sebagai Johan Lelaki dalam aktiviti pandu arah. Sekalung tahniah dan penghargaan untuk beliau.



Tuesday, 15 May 2012

SELAMAT HARI GURU 2012



Telah berlangsungnya majlis sambutan hari guru peringkat sekolah SMK Sri Jaya. Tahniah kepada Tn Hj Mohd Hafiz dan Encik  Baharud-din kerana telah dinaikkan gred DG48. Seterusnya tahniah juga di ucapkan kepada Encik Johar Aripin dan Encik Baharud-din kerana telah memperoleh Anugerah Pencapaian Cemerlang 2011...
Majlis sambutan hari guru telah di hangatkan lagi dengan acara sukaneka, persembahan guru, dan tukar hadiah.

Monday, 14 May 2012

Tahniah Puteri Islam


Puteri Islam SMK SRI JAYA telah memenangi tempat ke tiga dalam pertandingan kraftangan sempena Hari Puteri Peringkat Negeri Pahang. Hari Puteri tersebut telah berlangsung pada 8 hingga 10 april 2012 bertempat di Kem Tengku Puan Pahang, Maran. TAHNIAH !!

Saturday, 28 April 2012

Tuesday, 24 April 2012

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM 2012


TARIKH : 25 APRIL 2012
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN JAYA

Friday, 6 April 2012

Minggu PPDA 2012


Tarikh : 9 -13 April 2012
Perasmian Penutup : 13 April 2012
Tema : HIDUP CERIA TANPA DADAH
Disempurnakan oleh : Dato Haji Ahmad Munawar Bin Haji Abd Jalil (adun Luit)
Aktiviti :
5 minit info dadah
Senamrobik
Mengarang esei BM,BI,BC
Melukis Poster
Ceramah PPDA
Ceramah Polis
Pameran
Deklamasi Sajak

Friday, 23 March 2012

Tuesday, 20 March 2012

Semakan keputusan SPM 2012

Calon SPM 2011 boleh mengambil keputusan peperiksaan SPM 2011 di Bilik Gerakan SMK SRI JAYA bermula jam 10.30 pagi ( 21/3/2012)
Calon juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan  SPM melalui SMS, caranya mudah sahaja..
taip SPM (no kad pengenalan) (angka giliran) hantar SMS ke 15888