Sunday, 27 May 2012

Thursday, 17 May 2012

KRS PERINGKAT NEGERI PAHANG

14 - 17 mei  2012 telang berlangsungnya program perkhemahan peringkat negeri Pahang tahun 2012. Kontinjen daerah Maran telah menghantar seramai 36 kadet untuk menyertai perkhemahan tersebut. SMK SRI JAYA tidak ketinggalan dalam menyumbang tenaga dengan menghantar 2 orang kadet untuk menyertainya. Kadet tersebut ialah Heryandi dan Amanina. dengan semangat kesungguhan yang tinggi, Heryandi telah dinobatkan sebagai Johan Lelaki dalam aktiviti pandu arah. Sekalung tahniah dan penghargaan untuk beliau.



Tuesday, 15 May 2012

SELAMAT HARI GURU 2012



Telah berlangsungnya majlis sambutan hari guru peringkat sekolah SMK Sri Jaya. Tahniah kepada Tn Hj Mohd Hafiz dan Encik  Baharud-din kerana telah dinaikkan gred DG48. Seterusnya tahniah juga di ucapkan kepada Encik Johar Aripin dan Encik Baharud-din kerana telah memperoleh Anugerah Pencapaian Cemerlang 2011...
Majlis sambutan hari guru telah di hangatkan lagi dengan acara sukaneka, persembahan guru, dan tukar hadiah.

Monday, 14 May 2012

Tahniah Puteri Islam


Puteri Islam SMK SRI JAYA telah memenangi tempat ke tiga dalam pertandingan kraftangan sempena Hari Puteri Peringkat Negeri Pahang. Hari Puteri tersebut telah berlangsung pada 8 hingga 10 april 2012 bertempat di Kem Tengku Puan Pahang, Maran. TAHNIAH !!