Saturday, 15 September 2012

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN DAN JAMUAN HARI RAYA 2012

Majlis berlangsung pada 14/9/2012 di Kafe Jaya SMKSJ.. Kehadiran pelajar memuaskan.. Majlis perasmian disempurnakan oleh YDP PIBG SMKSJ En Zulkifli Bin Awang Yahya.. Aturcara majlis dimulai dengan bacaan doa dan nyanyian lagu negeraku.Seterusnya diikuti ucapan GPK HEM SMKSJ En Baharud-din Bin Zainal Abidin dan Ucapan YDP PIBG SMKSJ sekaligus merasmikan majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan. Diikuti pula majlis penyampaian hadiah kepada pelajar dalam pertandingan menulis esei BM,BI,a3 berinfo, dan melukis sepanduk..kemudian pelajar menyanyikan 3 buah lagu iaitu Jalur gemilang, 31 ogos dan warisan..majlis diakhiri dengan tayangan video SEMANGAT MERDEKA...
Akhir sekali semua pelajar dan guru bersama-sama menikmati jamuan hari raya.Antar menu yang disediakan seperti mi kari, laksa, lemang, ketupat, kuih,buah dan agar-agar..