Sunday, 22 December 2013

PMR 2013

tahniah diucapkan kepada nur ainul najiyah kerana menjadi pelajar terbaik pmr 2013 dengan pencapaian 6a2b... di bawah merupakan secara ringkas perbandingan keputusan pmr 2012 & 2013...


Tuesday, 12 November 2013

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT KOKURIKULUM 2013

telah berlangsungnya perkhemahan bersepadu unit kokurikulum ini dengan jayanya pada 8 - 10 november 2013. Perkhemahan yang melibatkan semua unit kokurikulum ini cuma dapat mengumpulkan seramai 34 orang peserta sahaja. Walaubagaimanapun,kem ini tetap meriah dan objektif menggunakan 30% bahsa inggeris telah tercapai. ini adalah sebagai persediaan pelajar bagi tahun 2016 yang mewajibkan pelajar lulus b.i untuk memperolehi sijil spm. kem yang berlangsung selama tiga hari ini diadakan di kem damai, kuantan. pelbagai aktiviti telah diadakan dengan objektif yang tersendiri seperti night walk, jungle tracking, ikhtiar hidup, orientering, bantu mula dan explorace telah diadakan.




Saturday, 3 August 2013

IHYA' RAMADHAN

ihya' ramadhan merupakan satu program yang di laksanakan khusus untuk pelajar islam bagi mengisi masa terluang pelajar di waktu rehat. program yang berlangsung selama 20 minit ini melibatkan semua guru lelaki sebagai penceramah. guru bukan sahaja memberi tazkirah,malah berbagai aktiviti dilaksanakan mengikut kreativiti guru terbabit. antarnya ada guru yang membuat tayangan video,kuiz agama,tafsir ayat quran,dan motivasi. insyaallah dengan adanya program sebegini akan memberi manfaat kepada pelajar dan guru seterusnya dilimpahi rahmat allah swt. amin



MAJLIS IFTAR KELAB GURU & PIBG SMKSJy





Friday, 5 July 2013

SELAMAT DATANG RAMADHAN

pelabagai program telah dirancang bagi memanfaatkan masa rehat pelajar di bulan ramadhan yang mulia ini. moga kita bersama mendapat rahmat dan maghfirallahNya...
ihya ramadhan

Friday, 21 June 2013

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2013

telah selesai berlangsung kejohaanan balapan dan padang smk sri jaya pada tahun 2013. acara bermula sejak dari hari isnin dengan aktiviti latihan rumah sukan, sukantara, pra kejohanan, raptai dan kemuncak kejohanan yang berlangsung pada hari khamis dan jumaat. melalui penglibatan semua pihak, kejohahanan ini disifatkan berjaya dengan cemerlang. ucapan jutaan terima kasih kepada semua warga smk sri jaya yang bertungkus lumus bagi menjayakan kejohanan. kepada semua atlet, syabas dan tahniah diucapkan atas kejayaan memperoleh pingat bagi meningkatkan mata rumah sukan yang diwakili. moga kejayaan dalam aktiviti sukan ini bergerak seiring dengan pencapaian akademik pelajar..SYABAS...MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA





Saturday, 15 June 2013

LAPANGAN LONTAR PELURU

kerja pembinaan gelanggang baru lontar peluru ini dilakukan secara gotong royong oleh guru guru smk sri jaya. Idea untuk menaiktaraf gelanggang lama dengan menurap simen d ruang melontar ini hasil daripada GPK kokurikulum yang baru iaitu en sharil aznan..moga mutu sukan di smk sri jaya akan lebih maju lagi pada masa akan datang..



Sunday, 17 March 2013

BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT

Satu majlis bacaan yasin dan solat hajat telah diadakan di surau smksj. majlis ini diadakan untuk memohon allah memberi kecemerlangan dan kejayaan kepada calon spm 2012 yang bakal memperoleh keputusan spm pada 21 mac ini. selain itu majlis turut memohon supaya allah menyelamatkan pejuang negara yang berjuang di lahad datu, sabah..



Saturday, 26 January 2013

MAJLIS SOLAT HAJAT,MESYUARAT AGUNG PIBG,ANUGERAH CEMERLANG & PENYAMPAIAN BANTUAN RM100

telah berlangsungnya majlis 4 in 1 dengan jayanya. majlis ini berlangsung pada 25/1/2013. walaupun dengan waktu yang amat terbatas, keempat empat majlis ini berjaya di laksanakan dengan kerjasama dan bantuan serta sokongan semua pihak terutama sekali pihak guru dan pelajar. mesyuarat agung pibg tahun ini membuka lembaran sejarah baru smksj dengan kehadiran ibu bapa yang paling ramai sejak pembukaan smksj. majlis penyampaian bantuan rm100 telah di sempurnakan oleh yb ahli parlimen maran.manakal majlis anugerah cemerlang pula disempurnakan oleh ydp pibg. untuk anugerah cemerlang, nur auni zayanah merupakan pelajar terbaik pmr 2012, dengan keputusan 5a.



Saturday, 19 January 2013

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS 2013

seramai lebih kurang 30 orang pengawas baru telah ditauliahkan sebagai pengawas sekolah sesi 2013. Majlis perlantikan ini telah disempurnakan majlis perasmiannya oleh YDP PIBG en zulkifli bin awang yahya. barisan pengawas pada tahun ini telah diketuai oleh  Mohd shahrul ikma. Guru yang bertanggungjawab sebagai guru penasihat pengawas ialah en wee wai fong